Malaysia hasrat pertingkat kerjasama bidang TVET dengan China
20 Ogos 2022 10:44pm Masa membaca: 2 minit
Noraini
A
A
A
Untuk informasi lebih menarik, jangan lupa ikuti Telegram dan TikTok kami
BEIJING - Malaysia berharap dapat menjalin kerjasama berterusan antara agensi kerajaan dan pemain industri dengan kerajaan China untuk meningkatkan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di kedua-dua negara.
Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata, Malaysia dan China telah lama menikmati hubungan dua hala yang harmoni dalam kerjasama di bidang pendidikan serta industri.
"Kerjasama antara industri di Malaysia dan China memainkan peranan penting dalam menyediakan pengalaman kerja kepada ramai pelajar dan graduan TVET,” katanya dalam rakaman ucapan pada Persidangan Pembangunan Pendidikan Vokasional dan Teknikal Dunia Pertama di sini.
Persidangan secara hibrid bertemakan ‘Vocational and Technical Education Development in the Post-Pandemic Era-New Changes, New Ways and New Skills’ itu diwakili dan dihadiri secara bersemuka oleh Pemangku Pengarah Education Malaysia Beijing Jason Choy Min Sheng di Tianjin, utara China.
https://www.sinarharian.com.my/article/217436/berita/nasional/malaysia-hasrat-pertingkat-kerjasama-bidang-tvet-dengan-china